![]() |
| Keratan Harian Metro 1 Mac 2010 |
Sumber Dari Double YY Dan Sebahagiannya telah Diolah Oleh GoooBloggg,
Pada awalnya saya keberatan untuk membawa isu pemuda mualaf ini dalam alam internet iaitu blog, namun selepas mendengar kisah hidup pemuda mualaf ini yang melalui pelbagai kesulitan dan beliau memaklumkan bahawa pihak pembangkang akan mempergunakan dia untuk memburuk-burukkan JPN dan kerajaan. Saya rasa saya perlu membantu saudara baru kita ini. Saya tidak mahu pemuda mualaf ini diheret dan dipergunakan serta dijaja atas pentas ceramah pembangkang demi kepentingan politik sempit mereka.
Saudara baru ini menceritakan kepada saya bahawa pembangkang menawarkan wang ringgit untuk beliau mengadakan satu sidang media pada 25 Ogos ini di mana dalam sidang media berkenaan pemuda ini dikehendaki menukar kenyataan dengan memburuk-burukkan JPN.
Apa masalah yang dihadapi oleh saudara baru kita ini sebenarnya?
Secara ringkasnya pemuda ini dilahirkan pada 31 Januari 1987, beliau merupakan anak buangan dari kecil dimana beliau dijumpai dalam tong sampah oleh seorang yang berbangsa cina yang mana insan mulia ini menamakan anak kecil itu dengan nama Leong Swee Hsin.
Namun nasib pemuda mualaf ini memang cukup menyentap emosi, selepas kematian penjaga yang menemui beliau ketika masih bayi di tong sampah, beliau diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Mentakab Pahang selepas itu pihak JKM mendaftarkan anak kecil ini di JPN pada 13 Mac 1991 ketika umurnya lebih kurang 4 tahun selepas didaftarkan oleh penjaga dari JKM, pihak JPN mengeluarkan sijil kelahiran yang tidak sah taraf memandangkan gagal mengesan ibu bapa kandung beliau.
Selepas itu dari apa yang diceritakan kepada saya beliau diambil oleh satu keluarga angkat juga berbangsa cina, yang mana keluarga ini berdaftar untuk anak angkat dengan pihak JPN dan dikeluarkan dengan sijil kelahiran yang baru yang mana nama beliau ditukar kepada Marven Tan Kwong Hsing mengikut keturunan Keluarga Angkatnya.
Tetapi tarafnya masih tetap sama memandangkan taraf kewarganegaraan seseorang bergantung kepada taraf kewarganegaraan yang dimiliki oleh ibu atau bapa semasa kelahiran.
Manakala pada tahun 1997 pihak penjaga iaitu JKM telah membuat permohonan taraf kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas Dibawah Perkara 15A untuk saudara kita ini yang mana dimaklumkan melalui rekod-rekod yang dikemukakan kepada saya ianya diluluskan sendiri oleh Kementerian Dalam Negeri pada 14 Oktober 2010.
Dek kerana kes saudara mualaf kita ini mendapat liputan media, pihak JPN segera mengeluarkan kenyataan melalui Jainisah Mohd Nor dengan menyatakan bahawa status pemuda ini sudah diluluskan namun ia tidak dapat dihubungi. Rujuk Dibawah.
![]() |
| Keratan Metro pada Mac 2010. |
![]() |
| Perakuan memeluk Islam 24 Mac 2006 |
![]() |
| Mykad dikeluarkan selepas kes ini mendapat liputan media |
Ditambah dengan kenyataan tidak mesra kakitangan JPN ketika saudara baru ini berurusan di kaunter sehinggakan ada yang mengeluarkan ayat "Kenapa masuk Islam jika tidak mahu sebarang kesulitan". Hal ini dituturkan oleh kakitangan JPN di kaunter ketika saudara ini menuntut Sijil Kewarganegaraa.
JPN tolonglah jaga imej jabatan kamu bersesuai dengan motto Amanah, Cekap dan Mesra.
MasyaAllah kenapa sampai begini sekali? sehinggakan tahap pegangan agama saudara baru ini dipertikaikan walhal semua kesulitan ini boleh diperbaiki.
Kerana bimbang hidupkan terumbang-ambing pemuda ini terpaksa mengatakan dirinya BUKAN ISLAM hanya kerana bimbang mykad yang dimilikinya ditarik-balik dan diberikan semula kad pengenalan HIJAU!
JPN apa kamu sudah buat ini?
Wahai JPN mujurlah saudara baru ini hatinya cekal, kerana dirinya biasa hidup dalam pelbagai kepayahan dan keperitan beliau masih kukuh imannya dengan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang memintanya menukar kenyataan kononnya beliau mendapat taraf kewarganegaraan dengan membayar jumlah tertentu sebelum diluluskan.
Tahukah kamu bahawa sidang media pada 25 Ogos 2011 ini telah dirancang oleh pembangkang untuk djadikan senjata PALING KUKUH setakat ini yang mana rakyat Malaysia mungkin akan hilang kepercayaan kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyimpan data-data setiap rakyat Malaysia!
Saudara baru ini cekal kerana beliau masih menghargai keamananan dan sifat cintakan tanahair sebab itulah beliau tidak menerima pelawaan pembangkang walaupun dijanjikan dengan wang ringgit difahamkan berjumlah RM400.(RM400.00 Sahaja Ke??
Jika beginilah mutu perkhidmatan agensi-agensi kerajaan tidak mustahillah jabatan kerajaan selalu ditohmah dengan pelbagai tuduhan yang mana membuatkan rakyat membenci kerajaan. Bukan niat saya untuk menyerang JPN yang saya telah pertahankan dalam beberapa hari lepas dari isu Mismah, Mohd Rashid, Sulong Bin Jalil.
Niat saya hanyalah untuk membantu saudara baru kita ini, supaya beliau tidak kembali menukar agamanya dek kerana kecuaian, kelalaian kita sendiri yang tidak mahu membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya.
Sebelum pembangkang menjadikan pemuda ini 'lembu' dan diheret ke hulu ke hilir atas pentas dan memaksa beliau membuat pengakuan palsu saya menyeru kepada pihak terbabit agar tolong bantu dari segala aspek dan carilah jalan penyelesaian terbaik untuk saudara baru kita ini. Bukan Sahaja JPN Tetapi Semua Agensi Kerajaan Yang Berkaitan Contohnya : JKM,JPN Dan Baitulmal...
Akhir Kata ,
JPN dan KDN.... tolonglah bantu saudara baru kita ini sebelum terlewat....
Tunggu pendedahan berikutnya individu mana dalam pembangkang yang cuba mempengaruhi saudara baru ini untuk menukar kenyataan memburuk-burukkan JPN dan KDN.
Nota : **Artikel ini ditulis berdasarkan apa yang diceritakan oleh pengadu, segala kekhilafan adalah tidak dirancang, cerita asal sebenar diringkaskan untuk bacaan pembaca. Sebagai penulis yang bertanggungjawab dalam setiap artikel yang dihasilkan saya bersedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak (kecuali pembangkang) jika diperlukan kelak.**








No comments:
Post a Comment