Saturday, July 30, 2011

SIAPA MENANG SIAPA KALAH

1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan “Menang Menang”, dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas – terdapat yang menang dan yang kalah. 2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.
3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan.


4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS – iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan. 5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.
6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.

KEJATUHAN NEGARA ISLAM "PAS"

1. Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna “perjuangan untuk Negara Islam ala PAS” untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang PAS menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith. 2. Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam PAS menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu? Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam – Karpal Singh) maka PAS menggugur Negara Islam PAS, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong PAS dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.
3. Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS, Nik Aziz tidak terima UMNO.

4. Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian PAS, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan PAS. 5. Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong PAS akan turut dimana sahaja pemimpin PAS bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi PAS.
6. Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan PAS untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur. Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara PAS dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.
7. Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya PAS dan Nik Aziz menolak Negara Islam PAS dan hukum Hudud PAS kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.
8. Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong PAS ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam PAS.

BERSIH 2.0: Saya tak sembunyi, kata Shuhardi

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi Md IsaShuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

Maaf Ambiga, saya tidak lut dengan jarum anda.

Rasanya, semua mesti sudah mengetahui mengenai rancangan BERSIH dan pakatannya dalam parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 100,000 `orang kuning' pada Sabtu depan. Dengan penuh angkuh, mereka mendakwa mempunyai alasan kukuh berbuat demikian dan pada 9 Julai nanti, Yang di-Pertuan Agong mesti dimaklumkan mengenainya.

Apabila diminta justifikasi mengadakan perhimpunan jalanan haram itu, penyokongnya pantas memberi alasan yang sudah dijangka. Anda akan diberi syarahan mengenai kepentingan kebebasan hak demokrasi, selain kenyataan sinis kononnya anda tidak menghiraukan kebenaran.

Mereka akan memberitahu betapa SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menyenaraikan individu yang sudah meninggal dalam senarai pengundi. Mereka resah apabila dimaklumkan SPR tidak harus dipersalahkan. Berapa ramai antara kita yang membuat pemberitahuan kepada SPR apabila ada saudara-mara yang meninggal? Mengapa kita tidak mengambil masa lama untuk memaklumkan bank, syarikat insurans, polis, KWSP hatta Along sekalipun tetapi bukan SPR? Hakikatnya, kita memandang lewa keperluan membuat laporan kepada SPR kerana pilihan raya umum berlaku sekali dalam lima tahun. Kita kerap mendengar orang berkata: "Kenapa perlu nak lapor cepat-cepat? Orang mati bukannya boleh mengundi." Apa yang dilepas pandang ialah undang-undang tidak membenarkan SPR membuang nama pengundi tanpa bukti sahih.

Saya berjumpa dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam. Mereka mengakui ramai penduduk terutama di luar bandar, gagal melaporkan kematian anggota keluarga. Ini membuatkan saya terfikir, mengapa BERSIH menyalahkan SPR dan bukan sikap acuh tidak acuh sebilangan rakyat Malaysia?

Begitu juga halnya dengan dakwaan ramai pengundi mendaftar menggunakan alamat sama. Saya mengesyaki satu daripada puncanya ialah pengundi menggunakan alamat kediaman disewa apabila mendaftar sebagai mengundi. Malangnya, apabila mereka berpindah daripada rumah sewa, mereka gagal memaklumkan kepada SPR. Penghuni berikutnya akan menggunakan alamat sama unuk mendaftar sebagai pengundi. Saya masih ingat ketika berpindah ke kondo sewa di Kuala Lumpur pada 1993. Saya kerap menerima surat penyewa terdahulu termasuk penyata bank dan surat rasmi kerajaan kerana beliau tidak menukar alamat dengan pihak berkenaan, hinggalah saya berpindah tiga tahun selepas itu!

Dalam kes pengundi hantu yang berdaftar menggunakan alamat rumah ibu YB Azmin Ali, saya dapati ia agak melucukan kerana dalam jutaan rumah di negara ini, SPR terpaksa memilih rumah ibu pemimpin pembangkang yang paling lantang bersuara untuk `menempatkan' pengundi hantu. Memang melucukan.

Satu lagi isu berterusan BERSIH ialah undi pos. Pertamanya, istilah pengundi pos tidak tepat. Tidak ada undi pos bagi polis, tentera dan kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya ketika pengundian. Mereka tidak mengirim undi masing-masing menerusi sistem perkhidmatan pos. Mereka mengundi lebih awal dengan diperhatikan wakil semua parti bertanding. Pengundi pos mengundi seperti mana kita pengundi biasa melakukannya. Dakwaan yang diputar belit pembangkang kononnya ketua mereka memeriksa siapa yang dipangkah adalah palsu sama sekali. Wakil calon ada di tempat pengundian bagi memastikan itu tidak berlaku, melainkan mereka tertidur ketika bertugas!

Beberapa pemimpin BERSIH juga mahu pengiraan undi pos dilakukan pada hari yang sama atas alasan ada kemungkinan berlaku penipuan jika dikira kemudian. Cadangan itu tidak praktikal kerana keputusannya akan mempengaruhi aliran pengundian pada hari pengundian sebenar. Apa pun, pernah berlaku pembangkang mendapat lebih banyak undi pos berbanding BN. Secara khususnya, pilihan raya kecil Teluk Kemang pada 2000. Jika BERSIH bimbang dengan integriti beg mengandungi undi pos sepanjang berada dalam jagaan pihak berkuasa, mereka sepatutnya mencadangkan supaya wakil pembangkang hadir di lokap di mana beg-beg berkenaan disimpan. Iyalah, apalah sangat duduk merenung beg selama 3 hari 3 malam semata-mata untuk memastikan keselamatan beg-beg yang dikawal ketat, dikunci dan dipateri kemas itu.

Memang benar sebahagian besar pengundi pos memihak kepada BN. Bagaimanapun, ini tidak menghairankan langsung dan boleh dijelaskan dengan muda. Mengapa mereka mahu mengundi parti yang tidak putus-putus memburuk-burukkan, menghina, memaki dan mengkritik mereka? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan harga diri.

BERSIH juga mahu pegawai tentera dan polis, yang tidak terbabit secara langsung dengan pilihan raya supaya mengundi menerusi proses biasa seperti mana orang awam. Mereka mendakwa pihak berkenaan tidak perlu mengundi awal. Saya tidak setuju.

Antara hari paling kritikal bagi negara ialah pada hari mengundi. Ini kerana ketiadaan pihak berkuasa awam menimbulkan pelbagai kemungkinan berlaku huru-hara dan elemen subversif. Pada hari mengundi, pasukan tentera dan polis berada di tahap berjaga-jaga paling tinggi dalam berdepan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Justeru, bagi BERSIH jelas bersikap tidak bertanggungjawab apabila mencadangkan supaya pegawai tentera dan polis meninggalkan pusat kawalan masing-masing - tidak kiralah di hutan rimba, pulau terpencil, pangkalan udara dan laut, pusat pemeriksaan persempadanan nun di pedalaman atau pusat kawalan strategik! Kesediaan anggota berkuasa kita memastikan keselamatan negara tidak boleh dikompromi.

Mungkin ada yang menganggap saya keterlaluan dalam memperkatakan soal ancaman keselamatan pada hari mengundi. Mungkin juga. Tapi kalau ia berlaku, saya lebih sanggup anggota berpakaian seragam bergegas mendapatkan pesawat Sukhoi, MiG dan F18 serta segera melancarkan kapal Frigate, Corvette dan kapal selam untuk mengekang lawan. Ia hanya boleh dilakukan jika mereka berada di pangkalan dan bukannya menghabiskan masa beratur untuk mengundi di Grik, Batang Berjuntai, Lubok Antu atau Long Pasia!

BERSIH turut mendesak supaya undi pos dibenarkan di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal jauh (dalam negara) dari kawasan mengundi. Sebagai contoh, rakyat Sabah yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud, Sabah.

Pada pendapat saya, seseorang yang mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud tetapi memilih untuk hidup dan bekerja di Kuala Lumpur tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi Wakil Rakyat bagi penduduk Kota Belud! Dia sepatutnya mengundi memilih Wakil Rakyat di Kuala Lumpur yang lebih sesuai menangani pelbagai isu berhubung kehidupannya di bandaraya besar itu! Adalah tidak adil bagi masyarakat tempatan Kota Belud tunduk kepada kemahuan `orang luar' yang tinggal di Kuala Lumpur dalam menentukan calon pilihan sedangkan mereka yang perlu berdepan Wakil Rakyat itu setiap hari.

Lagipun, bukankah meminta lebih ramai pengundi mengamalkan undi pos bertentangan dengan tuduhan awal BERSIH kononnya sistem undi pos dilingkari masalah prosedur yang membawa kepada kemungkinan penipuan?

Menyentuh isu penggunaan dakwat kekal, SPR sudah menjelaskan secara terperinci berhubung kebimbangannya mengenai penggunaan bahan itu. Secara peribadi, kebimbangan saya mengenai dakwat itu lebih kepada sama ada ia sah dari segi undang-undang.

Apakah SPR mempunyai kuasa di bawah Akta Pilihanraya 1958 sedia ada, untuk menafikan hak seorang pengundi yang jarinya sudah bertanda dakwat selepas mengundi tetapi mendakwa jarinya dihitamkan oleh dakwat secara paksa? Apa akan berlaku jika beliau berkeras untuk mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan, tidak kiralah jarinya mempunyai dakwat atau tidak? Apakah kita akan menyaksikan suasana kacau-bilau di pusat mengundi?

Semua ini adalah persoalan mudah tetapi besar kesannya jika tidak diperhalusi dengan jelas. Itu sebabnya mengapa BERSIH wajar mencadangkan pindaan terhadap Akta Pilihanraya di Parlimen dan bukannya demonstrasi jalanan! Walau sejuta orang berpakaian kuning muncul menyertai perhimpunan jalanan sekalipun, tuntutan itu tidak boleh dipenuhi tanpa meminda Akta Pilihanraya bagi menjadikannya lebih spesifik dan jelas.

Sama juga halnya dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Kaedahnya tidak jauh berbeza dengan amalan pendaftaran pengundi sepanjang tahun. Ia juga memerlukan pindaan ke atas Akta Pilihanraya bagi membolehkan peruntukan itu dimasukkan. Bagaimanapun, jika seseorang itu berasa tidak mahu mendaftar sebagai pengundi, bukankah beliau sekadar melaksanakan hak demokrasinya? Mengapa BERSIH mahu menidakkan haknya untuk tidak mendaftar sedangkan kononnya BERSIH adalah juara hak demokrasi rakyat?

Saya tiada masalah dengan tuntutan BERSIH supaya jangka masa berkempen ditetapkan sekurang-kurangnya 21 hari. Apa yang agak pelik di pandangan saya ialah BERSIH gagal menyedari kempen tanpa henti pembangkang yang berlangsung 365 hari, 24 jam seminggu di seluruh negara sejak 2008.

Mengenai dakwaan membeli undi ketika pilihanraya, saya harap Ambiga menyedari bahawa mereka yang bakal berdemonstrasi dengan beliau pada 9 Julai kelak agak pakar dalam hal ini. Semua orang tahu di tengah-tengah kerancakan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu, Anwar Ibrahim menjanjikan 100,000 hak milik tanah kepada golongan miskin di kawasan itu (Sumber: The Malaysian Insider, 13 April 2010). Ini diikuti dengan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk menghapuskan cukai tanah bagi rumah kedai di Hulu Selangor (Sumber: New Straits Times, 20 April 2010), selain memberi bonus berjumlah RM6,116,000 kepada semua ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Hulu Selangor (Sumber: SelangorKini Online, 21 April 2010).

Dan saya harap Ambiga tidak melupakan ibu kepada segala perbuatan membeli undi: kempen Nik Aziz yang menjanjikan syurga jika anda mengundi PAS!

Dengan pelbagai kekecohan mengenai dakwaan keraguan pilihan raya di Malaysia, saya terfikir bagaimana agaknya keadaan di negara lain. Adakah negara lain di seluruh dunia berdepan isu dan dakwaan kepincangan pilihan raya? Apakah masalah itu hanya berlaku di Malaysia?

Menerusi carian di Internet, saya dapati pada Oktober tahun lalu, Pendaftar Pemilih (ROE) di New Zealand mengeluarkan 306 nama daripada senarai pengundi yang dikesan tidak mendiami alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Di Auckland, ROE menyiasat 90 pengundi yang dikesan menetap di dua kediaman di Pembroke St dan Puhinui Rd.

Di Venezuela, Majlis Pendaftar Pemilih Nasional dimaklumkan mengenai kewujudan 39,000 pengundi berusia 100 tahun dan ke atas. Di Sepanyol, Biro Bancian Pemilih menerima aduan berhubung percanggahan dari segi pengundi di 22 pekan di Malaga dan 16 lagi di Granada.

Dan di Amerika Syarikat, aduan dikemukakan berdasarkan pelucutan hak mengundi apabila Parti Republikan didakwa `membersihkan' nama golongan Afrika-Amerika daripada senarai pengundi pada pilihan raya Presiden 2004 yang memihak kepada George Bush. Selain itu, ramai yang tidak dapat melupakan peristiwa apabila Suruhanjaya Hak Asasi Amerika Syarikat mengumumkan proses pilihan raya di Florida ketika Pilihan Raya Presiden AS 2000 dipenuhi dengan pelbagai kesilapan serius.

Kisah di atas membawa kita kepada dua perkara menarik. Pertama, dari segi statistik, seperti mana-mana pangkalan data yang besar saiznya, senarai pengundi tidak akan terlepas daripada kesilapan sepenuhnya, walaupun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Secara statistik, ia memang mustahil. Ia adalah apa yang dipanggil oleh pakar statistik sebagai ralat pensampelan dibenarkan yang tidak menjejaskan integriti keseluruhan senarai dalam apa keadaan pun. Keduanya, dalam contoh di atas, pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa pilihan raya masing-masing dan membenarkan penyiasatan dilakukan. Mereka tidak menjadikan demonstrasi jalanan sebagai penyelesaian.

Hujah terakhir saya dalam artikel ini ialah soalan buat warga Kuala Lumpur. Apakah anda bersedia menghadapi demonstrasi jalanan di tengah-tengah ibu kota sepanjang masa? Anda sedia berdepan dengan segala kesulitannya? Semua itu akan menjadi rutin jika BERSIH diberi laluan memulakannya. Anda tidak boleh membenarkan BERSIH dan menghalang yang lain daripada berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang setiap hujung minggu bagi memperjuangkan pendapat masing-masing. Anda akan digelar hipokrit.

Perang Media Baru Pakatan Rakyat Semakin Tergugat

Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.

Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.

Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.

Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.

Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.

Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara.

Media baharu mula tidak lagi menjadi asing kepada pemerintah yang sebelum ini seolah-olah memusuhi wacana politik di internet.

Di bawah Najib, blog-blog Umno semakin bercambah, dengan pembawaan isu-isu semasa yang selaras dan sistematik antara satu sama lain, menjadi satu senjata berkesan pemerintah.

Blog-blog tersebut dilihat menyokong satu sama lain dalam banyak isu, dan saling membantu dan melengkapkan blog pro-Umno lain, walaupun wujud perbezaan pada masa dan isu tertentu.

Blog-blog yang menjadi penyerang utama terhadap Pakatan Rakyat itu kini muncul menjadi blog politik paling popular di negara ini, mengatasi blog pro-PR.

Sebahagian besar menerbitkan tulisan sendiri melebihi purata satu tulisan setiap hari, dengan beberapa blog menunjukkan hasil kajian yang meyakinkan dan kredibel.

Umno kini tidak lagi perlu menunggu laporan berita Buletin Utama atau akhbar-akhbar harian, tetapi banyak isu ditangani dengan segera oleh blog pro-Umno.

Isu gambar kematian peserta demonstrasi Bersih 2.0, cincin yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri dan banyak isu lain segera dijawab oleh blog Umno, yang sebahagian besarnya mengemukakan hujah yang bukan sembarangan.

Pemerintah bukan tidak terjejas oleh media baharu. Portal-portal berita propembangkang yang semakin banyak dan pelbagai kempen antipemerintah masih berjalan dengan meluas di dunia siber terutama laman sosial.

Terbaharu, Najib menerima tekanan apabila muncul kumpulan Facebook menerima sokongan ramai menuntut beliau meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, dengan keupayaan yang besar, media baharu ialah satu wilayah bebas yang pihak pemerintah masih mampu memanfaatkan, dalam beberapa aspek, dengan lebih berkesan berbanding pembangkang.

Dalam kalangan pemblog pro-PAS, usaha-usaha menyusun gerak kerja, penyelarasan dengan parti dan sebagainya masih belum menampakkan hasil, walaupun beberapa pertemuan termasuk dengan pemimpin telah diadakan.

Banyak laman dan blog propembangkang lebih berperanan sebagai aggregator atau pengumpul berita berbanding menerbitkan tulisan sendiri.

Beberapa blog pembangkang pula lebih banyak berperanan dalam politik dalaman parti-parti tertentu, dengan sejumlah besar tulisan bertujuan menyampaikan kritikan atau kecaman kepada pihak yang tidak disenangi dalam parti sendiri.

Dari sudut bahasa dan etika banyak blog terbabit, banyak daripada blog terbabit menggunakan bahasa kesat dan mengulas atau mengkritik tanpa maklmat yang tepat, termasuk dalam isu-isu peribadi.

Banyak isu yang dibawa blog pro-PR berbentuk serangan psikologi dan permaina media semata-mata, tanpa menyampaikan sebarang penjelasan atau ulasan yang bertanggungjawab dan berdasarkan pengetahuan yang tepat.

Perkembangan ini mencetuskan satu kebimbangan berhubung peranan media baharu propembangkang dalam menyampaikan maklumat dan menyokong politik PR.

Dalam persaingan dalam media baharu hari ini, dapat diperhatikan pemerintah telah jauh berubah daripada kebekuan yang mereka alami satu masa dulu, pada masa sama pembangkang tersekat dalam satu kemelut yang sukar.

Pilihan Raya umum ke-13 nanti bakal memberi petunjuk, siapa yang paling dapat memanfaatkan media baharu; BN atau PR.

Tak Mungkin Tun Mahathir Sokong Marina - Syed Ali Alhabshee.

Nama Blog : UMNO Bahagian Cheras Blogspot
URL : http://umnobahagiancheras.blogspot.com/

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee tidak terfikir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan sikap anak sulungnya, Datuk Paduka Marina yang begitu menyanjung perjuangan Bersih.

Katanya, Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan Marina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa Marina sebagai terancam.

“Saya tak fikir begitu, Dr. Mahathir adalah pejuang UMNO dan sudah tentu beliau menentang keras usaha Bersih untuk melumpuhkan kerajaan BN,” tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyifatkan kenyataan Marina sebagai pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian keluarga bekas Perdana Menteri berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

“Mungkin itu pandangan peribadi, tetapi saya bimbang kenyataan Marina boleh menyinggung perasaan Dr. Mahathir,” ujar Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.

“Dr. Mahathir mungkin tidak boleh menyekat hak Marina untuk bersuara tetapi sebagai anak bekas Perdana Menteri, tentu tindak-tanduk beliau menarik perhatian rakyat.

Katanya lagi, rakyat melihat situasi sedemikian sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau kecewa kerana Marina sejak kebelakangan ini dilihat begitu lantang mengecam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Katanya, sejak demontrasi haram Bersih baru-baru ini, Marina dilihat membabitkan diri secara langsung dalam perhimpunan tersebut dengan turut hadir menyertainya.

“Beliau mengecam kerajan secara terbuka, saya lihat seperti ada yang tak kena pada Marina,” ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Marina dalam portal berita malaysiakini yang berkata BN berada dalam kedudukan panik dan merasakan kerajaannya terancam dan tidak boleh berfikir dengan jelas.

Marina dipetik sebagai berkata : “ Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka.Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir, Tetapi bukan semua mereka,”.

Kata Marina lagi, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0 sambil menyifatkan mereka melakukan perkara yang baik dan menjadi 1Malaysia.

Dalam hal ini, Syed Ali kecewa kerana Marina menggunakan malaysiakini sebagai medium untuk mengkritik kerajaan sedangkan portal berita tersebut sememangnya pro-pembangkang.

“Saya berasa hairan bagaimana Marina berbuat demikian sedangkan Dr.Mahathir sendiri pernah dikecam oleh malaysiakini dalam banyak isu sebelum ini,” tambahnya.

Sebagai anak bekas Perdana Menteri tersohor katanya, Marina masih boleh menyuarakan pandangan dan kritikan beliau mengikut saluran yang betul tanpa mencetuskan kontroversil.  

PSM6 - Siasatan Polis lemah atau Kerajaan takut?

Nama Blog : Sanggah Tok Janggut.

URL : http://sanggahtokjanggut.blogspot.com


ADA yang tidak kena di sebalik pembebasan MP Sungai Siput, Jeyakumar dan lima lagi tahanan dari pertuduhan Akta Ordinan Darurat yang sebelum ini dikenakan ke atas mereka kerana disyaki mahu memerangii YDP Agong apabila kesemua mereka ini didapati sedang berusaha untuk menghidupkan kembali fahaman komunis yang telah diharamkan di Negara ini.

Di mana kecuaiannya hingga mereka ini terpaksa dibebaskan?Apakah siasatan polis yang longgar atau seperti disebutkan sebelum ini wujud konspirasi pihak-pihak tertentu dalam jabatan polis untuk memalukan kerajaan dan memalitkan lagi malu yang amat besar kepada kementerian Dalam Negeri terutama sekali Menterinya, Hishamuddin Tun Hussien?

Mustahil PDRM yang  dinobatkan antara pasukan polis terbaik dalam dunia melakukan kecuaian hingga pesalah yang disyaki boleh terlepas daripada pertuduhan ataupun diheret ke mahkamah?Atau pasukan polis yang mengetuai siasatan kes ini tidak mempunyai pengalaman kerana mereka hidup ataupun bertugas selepas PKM diharamkan hingga mereka menjadi buta dan keliru untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbi?

Banyak persoalan-persoalan nakal bermain dalam kepala dan paling nakal selain daripada mogok lapar yang kononnya akan dibuat oleh Jeyakumar sedangkan maklumat yang diperolehi Jeyakumar  tidak pun mogok lapar seperti yang diwar-warkan adalah betapa polis kurang cekap dengan latihan siasatan walaupun sebelum itu mereka begitu megah mendedahkan kononnya polis berjaya mematahkan satu gerakan paling merbahaya dalam negara dengan penemuan bukti-bukti yang kesemua mereka itu terlibat dalam gerakan subversif. Nyanyian polis cukup merdu didengar ketika itu!
 
Satu perkara dan lebih nakal lagi,mungkin ada kalangan pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kes ini memandang ringan mauduk ahli PSM ini untuk menghidupkan kembali fahaman komunis dengan mengkaderkan ahli-ahli baru di kalangan mereka dengan tujuan-tujuan tertentu. Baca seterusnya dalam http://sanggahtokjanggut.blogspot.com

Meruntuhkan BN - apakah ada konspirasi PDRM dan Peguam Negara

RAKYAT menjadi semakin keliru dengan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan segala sistem perundangan dalam Negara kita ini yang semakin hari semakin diperlekehkan dan dilihat undang-undang di dalam Negara yang didokong sekian lama tidak berjalan mengikut kehendak dan keperluan Perlembagaan Persekutuan yang sebenar-benarnya.

Kita menjadi semakin terkeliru kalau kita mengambil contoh BERSIH yang telah diharamkan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertbuhan tetapi kumpulan mereka ini sedang bergerak dengan sewenang-wenangnya tanpa tindakan daripada mana-mana pihak yang memegang kuasa untuk mengambil keputusan dan tindakan.

Pertubuhan haram ini dilayan dengan begitu baik dan diberikan tempat yang sewajarnya bukan sahaja di kalangan rakyat yang buta tetapi  juga diangkat sebagai satu gerakan siasah yang dibantu perjalanan pertubuhannnya seolah-olah Negara hari ini diberitahu bahawa Bersih tidak haram walaupun Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengesahkan BErsih adalah pertubuhan haram.

Bersih ini dilihat sebagai penanda aras kepada kegagalan penguatkuasa undang-undang untuk menguatkuasakan arahan bagi mengambil tindakan kepada kumpulan ini dan kumpulan ini tidak jauh bezanya gerakan menjurus kepada membahayakan ketenterama awam dan juga negara.

Mereka tidak jauh bezanya dengan gerakan Al Maunah,Al Arqam dan juga kumpulan yang berselindung di sebalik jemaah tabligh ataupun sekolah-sekolah pondok yang mengkaderkan anak-anak muda hari ini untuk menentang kerajaan serta Yang DiPertuan Agong.

Aapa sudah jadi dengan kerajaan hari ini?Apa majalnya Kementerian Dalam Negeri dan juga PDRM hingga Pengerusi pertubuhan haram ini mengakui bahawa mereka engkar terhadap titah Agong namun  sehingga hari ini tidak ada tindakan di ambil bukan sahaja kepada ketuanya tetapi langsung seperti tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan sejajar dengan keperluan undang-undang yang diamalkan sekian lama.
VS ?



 

Al Fatihah Buat Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana

Al Fatihah Buat Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz @ Aleesya Farhana.Aleesya telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Sultanah Nur Zahirah Pada Jam 5 pagi tadi.Pihak Gooo Bloggg Mengucapkan Takziah Kepada Keluarga Arwah.Semoga arwah ditempatkan di golongan orang yang beriman.




Gooo Bloggg juga ingin tegaskan disini bahawa jikalau ada pihak tertentu yang ingin membantu beliau semasa beliau hidup,,bantulah semasa beliau hidup bukannya kecoh semasa beliau dah tiada.Kita sebagai seorang islam tidak boleh sesekali meminggirkan orang seperti beliau.Beringat sebelum keluarkan "statement" Dato Seri Sharizat Abdul Jalil.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz @ Aleesya Farhana Dimasukkan Ke ICU

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana,kini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi( ICU ) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kerana Mengalami Masalah Jantung Dan Tekanan Darah Rendah.
Bapanya,Abdul Aziz Ahmad,60,ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya MUNTAH TERUK dan tak sedarkan diri kira-kira jam 3 pagi tadi.
"Mohd Ashraf Hafiz@Aleesya Farhana kini dalam keadaan stabil.Doktor mengesahkan dia mengalami sakit jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock",katanya.
Beliau berkata,anaknya telah mengalami kemurungan disebabkan oleh keputusan mahkamah tinggi berhubung penukaran namanya.

Friday, July 29, 2011

Kerajaan DAP tak hirau masalah rakyat , hanya beri RM 100 sahaja selesai semua masalah

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyelar dasar pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang ternyata gagal membela nasib rakyat terbanyak di negeri itu.

Selain kegagalan melunaskan banyak janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu, tegas beliau kerajaan DAP Pulau Pinang juga jelas gagal membuktikan pentadbiran yang kononnya mengamalkan dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T).

Katanya selama tiga tahun memerintah, kerajaan DAP Pulau Pinang hanya dilihat mahu menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang popular di mata rakyat dengan pelbagai tipu muslihat.

Apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri…? Tidak ada satu pun yang mereka lakukan melain meneruskan apa jua yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Yang mereka buat ialah memancing hati rakyat dengan pemberian bantuan RM100 untuk warga emas dan yang terbaru kepada bayi yang baru lahir… itupun hanya diberi kepada mereka yang menjadi pengundi di negeri tersebut sedangkan kerajaan BN membuat lebih banyak kebajikan tanpa mengira warna kulit, latar belakang mahupun sama ada ia pengundi atau tidak.

“Pemberian RM100 hanyalah satu tindakan populis…. mereka sudah tidak perlu fikir bagaimana nak bina hospital, sekolah, jalan raya dan lain-lain lagi kerana semua disediakan kerajaan pusat… yang mereka perlu buat macam mana nak nampak popular..itu saja. 


 Sebab itu selama tiga tahun ini ramai peniaga kecil dihalau dan lebih malang lagi tidak ada sebuah rumah kos rendah pun yang dibina kerajaan DAP Pulau Pinang untuk rakyat yang tidak berkemampuan”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.

Tegasnya lagi sebagai kerajaan negeri yang kononnya bertanggungjawab dan mengamalkan pentadbiran CAT, mereka sepatutnya mengkaji latar belakang sosio ekonomi rakyat negeri ini dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

“Hakikatnya 60 ke 70 peratus penduduk di Pulau Pinang tidak kira kaum hanya mampu memiliki rumah kos sederhana ke bawah. Kerajaan yang bertanggungjawab haruslah menyediakan keperluan rakyat mengikut semua peringkat. Bukannya hanya tertumpu kepada satu peringkat sahaja dan hanya mementingkan tuntutan pasaran luar semata-mata.


“Ramai penduduk di sini adalah pekerja industri, kakitangan awam, peniaga kecil yang rata-ratanya berpendapatan kecil dan sederhana. Jika kerajaan negeri tidak menyediakan sekurang-kuranga rumah mampu milik di manakah mereka mahu tinggal?

“Keghairahan kerajaan DAP Pulau Pinang membina rumah yang berharga RM350 ribu ke atas memperlihatkan kecenderungan mereka untuk menghalau rakyat miskin atau yang tidak berkemampuan keluar dari negeri itu. Mungkin itulah agenda tersirat mereka,” terangnya.

Justeru beliau berharap agar rakyat di Pulau Pinang tidak dikelabui atau terpedaya dengan pemberian wang RM100 itu kerana ia jelas bermotifkan politik kotor untuk menutup kegagalan kerajaan DAP menjaga kebajikan rakyat dalam erti kata sebenar.

Kerajaan DAP hanya beri RM100 walhal sebelum seseorang bayi itu dilahirkan, ibu mengandung telah pergi ke klinik, dapat ubat subsidi, bila lahir, kos hospital pula murah kerana ditanggung kerajaan. Bila anak mula bersekolah, buku percuma malah pelbagai bantuan dihulurkan sehingga mereka ke universiti.


“Bila kita bangun pagi, nak buat air dan buka gas, dah subsidi gas. Nak buat nasi goreng dah subsidi beras, nak buat kopi, gulanya subsidi dan pelbagai lagi malah apabila meninggal dunia pun van jenazah juga ada yang wakil rakyat sediakan. Tetapi semua ini dilupakan hanya kerana bila bayi lahir, dapat RM100 atau bila sudah tua dapat RM100”, ujarnya.

Tegas beliau harga dan maruah diri bukan begitu murah untuk dibeli dengan hanya RM100.

“Tetapi pemberian itu diberi, terimalah tapi nilaikan jasa kerajaan DAP dengan ratusan ganda nilai yang diberi oleh kerajaan Persekutuan. Orang boleh bagi bantuan kepada kita tetapi orang tak boleh beli harga diri kita.

”Pandanglah ke kiri, kanan, depan dan belakang. Lihat apa yang telah kerajaan Persekutuan sediakan selama ini untuk rakyat. Nilai sebaik mungkin dan jangan mudah terpedaya dengan sandiwara DAP,” ujar beliau. –MediaUMNO

Blogger Dilacurkan Oleh Tun Faizal Exco Pemuda UMNO

Malam tadi Gomo meletuskan sekali terjahan ke atas pemimpin UMNO. Gomo bukanlah seorang Blogger yang suka menyerang kepimpinan UMNO ataupun kepimpinan BN yang ada. Kalau di hitung dari 2008 sampai sekarang ini yang seingat Gomo hanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Shaifuddin Abdullah dan Tun Faizal Exco Pemuda UMNO sahaja yang Gomo terjah dalam Blogg ini.

Gomo dan rakan blogger lain hanyalah Blogger yang terhasil dari kekalahan parah BN pada 2008 yang lalu. Kami terhasil di ats kesedaran kami sendiri dan bukan nya di ilhamkan oleh Unit Media Baru seperti yang di dakwa Tun Faizal Pengerusi UMB.

Sebelum kewujudan UMB lagi kami sudah berjuang menentang media pakatan pembangkang walaupun pada waktu itu para Blogger di sebelah Barisan Nasional amatlah sedikit dan jauh ketinggalan dari pelbagai aspek. Tapi itulah kami para Blogger yang hanya niatnya satu iaitu menghancurkan pakatan Pembangkang dan matlamat BN menang pada PRU 13.

Kami bukanlah pemimpin Politik sepertimana Tun Faizal yang berjawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan juga merupakan Pegawai Khas kepada Menteri KDN Dato Seri Hisyamuddin. Kami masing masing mempunyai kerja sediri dan itulah kami Blogger jalanan.

Kami para Blogger tidak pandai main projek itu ini, jika di berikan kami projek pada kami sekalipun pasti akan gagal kerana matlamat kami adalah perjuangan di dalam media baru dan bukan keutamaan kami dalam meraih Projek yang ada di dalam kerajaan.

Jangan dipertikaikan mutu kerja kami kerana kami tidak mempunyai Tuan ataupun Boss sebaliknya kami adalah POLONG TAK BERTUAN yang tidak terikat dengan mana mana pemimpin. Mana pemimpin yang menghargai kami maka kami balas dengan keringat kami membantu kerajaan dan itu lah yang berlaku sejak kewujudan kami dalam arena media baru ini.

Cywar dalam perang media baru kami bukan nak mendabik dada tapi jujur kami katakan 90%hasil nya adalah datangnya dari kami sendiri yang mana kami berbincang diantara blogger dan melakukan sesuatu isu tampa arahan mana mana pihak.

Tun Faizal menjual ke serata pelusok menyatakan beliau lah yang memberikan tugas Cywar kepada jentera media baru sehinggakan ramai yang percaya kepada beliau. Al Maklum beliau Exco Pemuda dan Pengerusi Unit Media Baru jadi senanglah orang ditipu hidup hidup.

Dah lama para Blogger dijual bagaikan Pelacur oleh Tun Faizal ini sampaikan seorang demi seorang meninggalkan UMB. Dan untuk makluman hari ini hanya tinggal beberapa orang sahaja blogger dalam UMB pusat dan di antara mereka yang ada didalam itu pun adalah Blogger baru yang dipujuk rayu oleh Tun Faizal untuk menyertai UMB dibawah beliau.

Otai? Boleh lah Gomo katakan kami para blogger Otai sudah meninggalkan UMB dan kemuncaknya pada PRK Kerdau yang lalu. Sesiapa sahaja boleh tanya kepada blogger yang ada hari ini apakah mereka bernaung dibawah UMB? Siapa dan Blogger mana di bawah UMB?

PRN Sarawak telah memberikan kami satu tamparan yang cukup pedih apabila sekali lagi Tun Faizal melacurkan nama nama blogg kami bagi mendapatkan peruntukkan. Dan memang dijangka beliau berjaya mendapatkan peruntukkan memandangkan nama nama besar kami dalam Media Baru cukup dikenali oleh pemimpin dan dengan adanya nama kami maka Gugurlah peruntukkan buat PRN Sarawak.

Tetapi kami? Hanya Allah yang tahu apa yang kami perolehi dan hanya Allah sahaja yang tahu apa berlaku pada peruntukkan wang yang telah diberikan kepada Tun Faizal UMB. Gomo yang memang selalunya menjadi kepala gaduh dalam hal ini bertindak kehadapan dan bertanyakan kepada beberapa pemimpin dan terus terang Gomo katakan mereka yang Gomo temui MENGELING KEPALA dan MENEPUK DAHI bila mengetahui Tun Faizal sudah melacurkan nama kami sedangkan kami yang berjuang bagai nak Gila tidak memperolehi apa apa imbuhan.

Walaupun dengan keadaan sebegitu Gomo dan rakan blogger lain tetap meneruskan perjuangan di Sarawak tampa imbuhan yang sepatutnya Gomo dan rakan lain perolehi. Atas ehsan dari beberapa pemimpin, rakan rakan politik, pegawai menteri, timbalan menteri maka ada sedikit sebanyak keewangan buat kami dalam bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.Penginapan pula sepanjang Gomo 15 hari di Sarawak 4 kali tukar hotel memandangkan ianya diberikan atas ehsan pihak tertentu.

Tun Faizal dengan peruntukkan yang ada dan kami blogger blogger tampa peruntukkan. Namun impak pada PRN Sarawak yang lalu didominasi kami Blogger tampa peruntukkan. Kami meletopkan beberapa isu yang mana UMB dibawah Tun Faizal pun tidak mampu melakukannya.

Bukan kami nak mendabik dada dengan apa yang kami lakukan tetapi kami nak jelaskan kepada semua pembaca terutama pemimpin UMNO bahawa UMB dibawah Tun Faizal tidak mempunyai kekuatan secara total. Jika ada pun blogger yang bernafas dibawah UMB yang mempunyai kekuatan adalah Dr Novandri, Pisau.Net dan Reformasin.

Artikel ini Gomo hanya ingin menjelaskan kepada pembaca mengenai kami para Blogger yang Tak Bertuan ini. Kami nak jelaskan kepada pemimpin BN bahawa kami bukan dibawah Unit Media Baru Tun Faizal. Bukan kami menolak UMB tetapi kami menolak Tun Faizal selaku pengerusi UMB.

Tun Faizal tidak layak diberikan peranan selaku Pengerusi UMB kerana beliau tidak mempunyai kepakaran dalam menyatupadukan para Blogger yang ada. Beliau juga bersikap Ego dan suka bermain politik lebih berbanding apa yang sepatutnya di lakukan dalam UMB.

Artikel ini sebagai pemanas badan kerana petang nanti barulah terjahan yang sebenar akan di lakukan ke atas Tun Faizal Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pegawai Khas kepada Dato Seri Hisyamuddin Menteri KDN.


Kami Para Blogger Blogger Tidak Suka Pada Mereka Yang Mengambil KREDIT Di Atas Usaha Yang Kami Lakukan. Mohon Awas Dengan Penjual Cerita Seperti Tun Faizal Ini.


Psssttt.....Asyik kena lacur je mana boleh jadi, Ptuih
Burp...Kenyang beb

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
 
GoooBloggg : Laporan Ini DiCopyPaste Dari PAPAGOMO....Untuk PAPAGOMO,Nantikan Jawapan Balas Dari Pihak GoooBloggg Dalam Masa Terdekat Ini Ye.. Buat Tun....Banyak Bersabar Ye...Sabar Separuh Dari Iman.....

Perhimpunan Agung Umno 29 November- 3 Disember 2011

Perhimpunan Agung Umno ke-62 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno turut mengumumkan menarik semula penggantungan terhadap empat orang ahli Umno Bahagian Rantau Panjang.

“Mereka ialah, Datuk Mohd Zin Ismail, Ghazali Ismail, Fauziah Wok dan Mohd Fauzi Omar.

"Majlis Tertinggi turut melepaskan Amran Mat dan Rosli Mat Hassan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan akan mengambil alih pentadbiran Umno Bahagian Padang Serai sehingga masalah pada peringkat bahagian itu dapat diselesaikan.

Berikut adalah atur cara program sepanjang perhimpunan Agung Umno.

29 November 2011:

Forum bersama delegasi luar negara Pra-mesyuarat Perhimpunan Agung Umno Perasmian ketiga-tiga sayap, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

30 November 2011:

Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

1 hingga 3 Disember 2011:

Perhimpunan Agung Umno.

Gobi Krishnan " KURANG AJAR & PERLU DIAJAR "

Cakap Siang Pandang2 Gobi Nanti Lu Apa Pun Tarak Dapat
Biadap Dan Patut Menggelar Gobi Anjing Sebab Beliau Suka Sangat Perkataan ANJING...Auhhhhhhh ( Lalakan ANJING GOBI )

Inilah ajaran yang dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Biadap dan amat kurang ajar penyokong BERSIH ini, mahu dia memasang lilin di Bukit Jalil (BROJINGGO). Memang sah orang sebegini tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

Wajiblah ditahan orang yang racist dan pengkhianat negara ini.

Nik Nazmi 'Berani Terjah' Putrajaya Cabar Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Debat?


Selepas Sinar Harian menganjurkan satu majlis wacana ilmu 'Selepas 9 Julai' yang berlangsung kelmarin di Audotorium Karangkaf Shah Alam.

Semalam sebuah forum yang hampir sama turut  dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya. Tetapi forum anjuran Pemuda UMNO Putrajaya dilihat lebih profesional dan matang kerana para penyokong dilihat berfikiran terbuka serta tidak mengganggu percakapan ahli panel.
Barisan moderator dan ahli panel

Forum yang dibarisi oleh 3 ahli panel iaitu Dato Zaki Zahid (Ketua Pemuda Putrajaya) YB Nik Nazmi Adun Seri Setia (PKR) dan dari pihak tidak berparti Dr. Mohd Nawar Ariffin (Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid).

Forum yang membincangkan tajuk 'Kematangan Demokrasi di Malaysia' ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri di  Kementerian Pengajian Tinggi.

Sessi forum ini dimulakan dengan Dato Zaki Zahid yang mengemukakan hujah beliau mengenai perjalanan demokrasi di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa setiap keputusan pilihanraya yang berlaku di Malaysia diterima umum sepanjang negara melalui 12 pilihanraya umum.
Dato Zaki Zahid Membuka Hujahan Beliau

Pilihanraya umum yang paling dasyat dan terburuk dalam sejarah adalah pada tahun 1969 yang mana membawa kepada peristiwa 13 Mei.

Dato Zaki turut menambah pilihanraya pada tahun 2008 yang lalu di mana pembangkang menguasai 4 buah negeri membuktikan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang demokrasi.Selain itu beliau juga mendakwa banyak negara-negara demokrasi yang lain dapat diperbaiki tanpa diadakan perhimpunan jalanan.

Selesai Dato Zaki Zahid memberikan hujahnya, tiba giliran YB Nik Nazmi yang memulakan hujah beliau dengan menuduh bahawa kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang tidak mengamalkan demokrasi secara telus dengan menunjukkan satu laporan dari majalah The Economist yang telah digelapkan beberapa keratan ayat mengenai laporan Bersih 2.0.
Nik Nazmi Melemparkan Tuduhan Tak Berasas Kepada Kerajaan Tentang Laporan THE ECONOMIST.

Beliau menuding jari kepada kerajaan dan mengesyaki kerajaan terlibat dalam mengarahkan editor menggelapkan beberapa ayat dengan tujuan menutup isu sebenar Bersih 2.0

Dalam hujahnya juga Nik Nazmi 'menempelak' kerajaan yang takut dengan tindakan mereka mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 walaupun perhimpunan itu bukanlah satu perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana di Mesir.

Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan ini dilihat memakan diri apabila beberapa pemuda tampil bertanyakan mengenai rakaman video Ketua AMK Shamsul Iskandar yang pernah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat Malaysia gulingkan kerajaan dan jadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir.
Saudara ini meminta Nik Nazmi mengemukakan 'shadow cabinet' jika mereka benar-benar demokrasi
Pemuda ini mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 menggunakan jalanraya sehingga peniaga mengalami kerugian...Siapa Yang Harus Bertanggungjawab Tentang Kerugian Tersebut? Kerajaan BN Ataupun BerSHIT????

Ketika memberikan jawapan berhubung kenyataan Shamsul Iskandar, Nik Nazmi menyatakan beliau tidak tahu akan kewujudan rakaman terbabit. Dalam masa yang sama Nik Nazmi menyatakan jika benar Shamsul Iskandar pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu beliau tidak setuju dengan tindakan tersebut.
 
Uncle ini masih memperjuangkan Teoh Beng Hock dan Kugaan?
 Antara penyokong Bersih 2.0

Jawapan yang diberikan Nik Nazmi seolah-olah cuba menggambarkan bahawa setiap mereka lakukan semuanya merupakan tindakan yang betul dalam sebuah negara demokrasi. Namun kebijaksanaan panel 'non partisan' dilihat berupaya memberikan keceriaan dalam forum tersebut kerana hujah dan fakta yang padat.
Dr.Nawar Ariffin mengeluarkan kenyataan yang bijak Dan Bernas.Mematahkan Kenyataan Dari Pihak BN Dan PKR.

Selain membandingkan dengan isu Bersih 2.0 Dr.Nawar Ariffin pada satu kenyataannya tidak bersetuju dengan tindakan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan jalanan.

Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Tun Faisal Ismail turut mengemukakan soalan cepumas kepada pihak berkenaan.

Sebaiknya sebagai umat Islam yang bertanggungjawab jika kita menuntut sesebuah badan dibersihkan pihak terbabit perlulah ikhlas dan suci hatinya ketika memperjuangkan sesuatu isu.

Langkah terbaik bagi beliau adalah dengan mengadakan rundingan.

"Rasulullah S.A.W sendiri memulakan sesuatu perkara dengan mengadakan rundingan sebanyak 1, 2 atau 3 kali hinggalah mendapat kata putus, jika sudah mendapat kata putus maka patuhilah. Berbeza dengan Bersih 2.0 yang mana tindakan mereka menolak pelawaan SPR untuk mengadakan sessi dialog dan berdegil untuk berhimpun telah menyebabkan ketenteraman awam terjejas". - katanya.

Beliau mengakhiri hujah pertama beliau dengan mengakui kebijaksaan kerajaan hari ini dalam mengekalkan keharmonian negara sepanjang lebih 50 tahun merdeka.
Saudara ini mempersoalkan di manakah demokrasi di Pulau Pinang ekoran tindakan Lim Guan Eng mengarahkan polis menahan peserta demontrasi anti LGE bulan lepas?

Ada juga hadirin yang mengemukakan soalan dimanakah demokrasi yang diperjuangkan oleh PR kerana merujuk kepada perhimpunan yang diadakan di Pulau Pinang untuk membantah tindakan Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Penang dikatakan telah mengarahkan anggota polis menahan para pendemo kerana Lim Guan Eng mendakwa beliau merupakan Ketua Menteri pilihan rakyat.

Soalan ini juga gagal dijawab dengan baik oleh Nik Nazmi. Beliau juga menjawab jika benar wujudnya dakwaan ini Lim Guan Eng wajar ditegur!

Walaupun hujah Nik Nazmi dilihat amat menyakinkan dan bersahaja jika hendak dibandingkan dengan Dato Zaki Zahid saya melihat banyak isu yang Nik Nazmi tidak mampu menjawab dengan baik ada juga soalan yang hanya dijawab dengan "saya tidak pasti".

Tetapi walaupun jawapan tergantung diberikan hadirin yang rata-rata mereka merupakan pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan PKR ternyata tidak emosional serta tidak memprovokasi satu sama lain.
Hadirin pelbagai fahaman politik matang dan bijak berforum

 Dato Saifuddin Abdullah turut hadir memeriahkan forum
 Dato Saifuddin Abdullah bertukar pandangan dengan ahli panel

Melihat kelibat Dato Saifuddin Abdullah saya terus menghampiri beliau serta memperkenalkan diri. Dalam masa yang sama saya dapatkan kenyataan balas beliau berhubung pendirian politik beliau sebagaimana saya tulis dalam SURAT TERBUKA UNTUK DATO SAIFUDDIN ABDULLAH

Ternyata Dato Saifuddin Abdullah bukanlah seorang yang sombong sebagaimana digembar-gemburkan. Saya sempat menemubual beliau dan meminta beliau faham tujuan saya menulis surat terbabit.

Apa jawapan Dato Saifuddin Abdullah berhubung tulisan saya yang menyatakan beliau cenderung menyokong pembangkang sebagaimana jawapan yang diberikan beliau dalam wacana 'Selepas 9 Julai'.?

Esok saya muat-naik rakaman video terbabit.

Selain itu Nik Nazmi dilihat cukup bijak mengalih isu soalan yang dibangkitkan dengan mengaitkan dengan isu-isu yang lain.

Kesimpulannya dari pemerhatian saya forum sebegini wajar diadakan lebih kerap untuk menyatukan kita orang Melayu yang dilihat semakin hari semakin berpecah gara-gara perbezaan fahaman politik.

Tetapi harap ahli panel yang mewakili BN hendaklah bersedia terlebih dahulu.

Kerana berhujah melalui bacaan teks di ipad memperlihatkan bahawa kita tidak bersedia dengan jawapan-jawapan sewajarnya. Hujah-hujah yang mewakili BN dilihat terlalu retorik sebagaimana hujah yang pernah kita baca di dada-dada akhbar.




GoooBloggg : Pendapat GoooBloggg Tentang Forum Ini Tak Ada Masalah Dan Forum Debat Ini Profesional Namun GoooBloggg Tidak Berpuas Hati Dengan Segelintir Penyokong Kedua-Dua Belah Parti Dimana Ada Yang Sengaja Mencetuskan Api Perkauman Dan Isu Yang Tiada Kena Mengena Dengan Forum Tersebut....Be Profesional Bro...Bukannya BERUK......Kasi Sennnnggggaaaaatttt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...